Tuesday, April 13, 2010

MaNUsIA dAn MakSiaT...

berkata Saidina Ali bahawa manusia itu paling senang melakukan maksiat apabila ia sunyi...

mengambil kata-kata ungkapan Saidina Ali r.a. sebagai iktibar dan ilmu yg kita harus selami dan pelajari untuk sentiasa memperbaiki diri ke arah husnul khatimah...
menjadi tugas untuk aku berdakwah...menjadi da'ie kepada diriku sendiri juga kepada orang lain semampu aku...

meyakini kewujudan perkara-perkara ghaib iaitu As-Sammiyat,yg menjadi pegangan akidah setiap org Islam yg beriman...tatkala sunyi, pelbagai gangguan,godaan juga hasutan yg dibisikkan oleh iblis dan syaitan laknatullah itu ke telinga anak-anak Adam untuk melakukan maksiat...

bagi mereka yg goyah,rapuh dan nipis imannya sudah pasti tiupan hasutan itu mampu untuk merobohkan istana iman yg mereka cuba bina hari demi hari...bahkan yg menjadi lebih teruk, bukan setakat roboh struktur istana tersebut tetapi mungkin tergadai dan tertunduk pada iblis perosak akhlak manusia itu...
mengambil kira pula perihal nafsu yg sentiasa memaksa dan mendesak untuk ditunaikan haknya...nafsu serakah yg bertuankan syaitan sentiasa menuntut agar anak-anak Adam ini hanyut dalam permainan dunia yg tiada berkesudahan ini...

Ijma ulama' mengatakan bahawa iman manusia ini ada turun dan naiknya...
bergantung kepada setiap usaha atas amal untuk mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada sang Pencipta...cintakan keduniaan maka dunia yg akan kau peroleh...tetapi jika cintakan akhirat, nescaya dunia dan akhirat akan menjadi milikmu...berkeperibadian zuhud dan sentiasa bersederhana dalam apa jua perkara pasti akan membuka pintu yg luas bagi mempermudahkan segala urusan keduniaan...jgn pernah digadai imanmu semata mata untuk kesenangan dunia yg sementara ini...

jgn berkata aku tidak ikhlas untuk membuat amal, kerana tidak akan datang ikhlas itu kalau tidak daripada paksaan dan istiqamah...berbicara tentang ikhlas yg tidak patut kita persoalkan kerana keikhlasan itu hanya mampu dinilai oleh Allah yg maha Adil...tugas kita hanya untuk berusaha dan sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kita kepada Allah yg maha Kuasa...sementelah itu berdoa dan bertawakallah agar kita tergolong dalam kalangan hambaNya yg memperoleh kemanisan iman.

mengulas tentang lancang dan pincangnya perilaku manusia menzahirkan maksiat yg telah nyata dan jelas pengharamannya dalam Al-Quran juga disampaikan melalui hadis-hadis Nabi S.A.W atas maksud dan kemaslahatannya tersendiri...kerana Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia...kenapa begitu gampang anggota dan pancaindera kita melakukan maksiat sedangkan perkara itu ditegah oleh agama....indahnya maksiat di dunia sehinggakan kita lupa akan keindahan syurga yg Allah sediakan untuk hambaNya yg beriman dan beramal soleh...

percayalah bahawa setiap pengorbanan meninggalkan maksiat itu tersirat beribu kemanisan yg Allah sediakan untuk hambanya yg sentiasa berusaha menjauhi perkara perkara yg mungkar ini...cegahlah kemungkaran kerana yg menurutinya adalah nikmat iman yg Allah sediakan tiada tolok bandingnya...

cegahlah kemungkaran dengan tanganmu jika kamu berkuasa, jika tidak...maka cegahlah kemungkaran dengan lisanmu yakni dengan memberi nasihat...tetapi jka kamu tidak mampu maka cegahlah kemungkaran dengan hatimu...sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman...

muhasabah diri dengan sentiasa mengagumi Kebesaran Allah dan mensyukuri segala nikmatnya...basahi lidahmu dengan zikrullah moga itu akan menjadi pendinding dirimu dari segala serakah nafsu tuntutan iblis...jaga diri,hiasi peribadi sebagai cerminan sempurna akhlak yg berselimutkan iman dan takwa untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

aku mengambil tugas ini sebagai penyambung tugas dakwah junjungan besar nabi Allah,kekasih Allah untuk mentarbiah diriku juga umat manusia sekalian nya...semoga sisipan artikel ini akan menjadi penyuluh jiwa dan penerang hati untuk kita semua...bersama kita mencari kejayaan hidup di dunia dan akhirat moga kita senantiasa berada di bawah rahmatNya...ameen...

sekian,ikhlas dari musafir kerdil,
uhibbutumfillah ya akhi...
salamunalaikum... :)

No comments:

Post a Comment