Saturday, May 29, 2010

Nafas Baru Cinta...

menjadi kelaziman untuk aku sentiasa menilai baik buruk setiap perlakuan dan kejadian yg berlaku di sekeliling aku...tatkala akal masih waras berfikir, tatkala langkah masih gagah untuk mencari sinar hidayah yg haq, aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi yg lebih baik...kerana aku yakin, dan cukup yakin bahawa Allah akan sentiasa bersama dengan orang-orang yg berusaha dan bertawakal kepadaNya...

indahnya hidup ini jika aku bisa memiliki cinta seagung cinta Rasulullah dan Siti Khadijah,
juga indah jika aku mampu memiliki cinta sehebat Saidina Ali bin Abi Talib terhadap puteri baginda, Saidatina Fatimah Az-Zahra...
bertambah indah juga jika aku mampu memiliki iman seteguh Nabi Yusuf a.s. tatkala baginda digoda Zulaikha...
kerana cinta itu menyembuhkan, bukannya menyakitkan...

cinta itu adalah kekuatan yg bisa...
mengubah duri menjadi mawar,
mengubah cuka menjadi anggur,
mengubah malang menjadi untung,
mengubah sedih menjadi riang,
mengubah syaitan menjadi nabi,
mengubah iblis menjadi malaikat,
mengubah sakit menjadi sihat,
mengubah bakhil menjadi dermawan,
mengubah kandang menjadi taman,
mengubah penjara menjadi istana,
mengubah amarah menjadi ramah,
mengubah musibah menjadi muhibbah...
itulah cinta...

Ya Allah, kurniakan aku cinta yg agung...cintaku terhadapMu, cintaku terhadap Rasul-Mu,cintaku terhadap agamaMu,cintaku terhadap perintahMu, cintaku terhadap ibu bapaku, cintaku terhadap sahabat-sahabatku,cintaku kepada alam ciptaanMu, dan juga cinta yg bisa membawa aku ke syurgaMu...cinta keabdian seorang hamba kepada penciptanya...

jazakallahu khairn kasira,
salam ikhlas...
~musafirkerdil~

4 comments:

  1. nice...!
    selalu kita kata yg kita mencari cintaNya.
    tapi dalam angan dan sedar kita masih
    melakukan dosa yang akan menghijabkan kita dari Dia.
    it's abt me..
    masih sedih dengan diri sendiri..

    ReplyDelete
  2. kita nie manusia kerdil je...kadang2 buta menilai cinta..ikutkan nafsu duniawi, smp bile kan? kita lah manusia pekak bisu buta n cacat dari segenap aspek jika kita lupe cinta yg paling agung itu adalh cinta Allah...insyAllah...
    sama2 kita renungkan... :)

    ReplyDelete
  3. "cinta itu menyembuhkan"
    gotta find solace somehow.
    and i found mine on sajjadah.

    ReplyDelete
  4. fiq: good...love it when u said that...cinta abadi...cinta itu yg kekal sebenarnye, cinta seorg hamba kepada penciptaNya...
    sama2 kita berusaha ke arah khairu ummah...
    insyAllah...

    ReplyDelete