Tuesday, July 27, 2010

ku sangka kan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari... :(

aku sangka aku sahabat kau. tp x sangka, masih ada jurang antara kita.
aku sangka aku teman kau. tp x sangka, masih ada kejanggalan antara kita.
aku sangka aku rakan kau. tp x sangka, masih ada pemisah antara kita.
aku sangka aku kawan kau. tp x sangka, aku ditipu buta.
aku sangka aku adalah tempat kau meluahkan duka. tp x sangka, itu pentas sandiwara cuma.
aku sangka aku penutup kelemahan yg kau punya, tp x ku sangka, itu sekadar lakonan yg kau cipta.
aku sangka kita mampu berkongsi tawa, tp x ku sangka, hanya cuka jadi pulangannya.
aku sangka kita boleh bersama, ternyata langit dan bumi menjadi bezanya.
aku sangka kita seperti serupa, tp ternyata, kita berbeza ketara.
aku sangka kita bisa menjadi satu, tp x sangka, kita adalah cawan retak yg menanti belah cuma.
aku sangka takdir milik kita, tp x sangka, yg berlaku adalah sebaliknya.
aku sangka kita teman setia, tp x ku sangka, kasih aku menjadi taruhannya.
aku sangka kita sahabat selamanya, tp x ku sangka, rela kau menggadainya.

cuma satu aku pinta, kenanglah aku dalam doamu walau putus sudah tali silaturrahim kita.
pesan aku, moga sentiasa kau beringat bahawa aku sentiasa ingin menjadi sahabat yg sentiasa setia pada sahabatnya yg lain. aku sentiasa ingin menjadi sahabatmu walau berjuta halangan yg menimpa, walau segunung ujian melanda... kerana Allah, kau yg terbaik untukku... :)

~salam sayang dari seorang sahabat kepada sahabtnya~

titipan mesra,
-musafir kerdil-

No comments:

Post a Comment