Saturday, April 30, 2011

tarbiyah untuk aku dan kamu...

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

Warkah buat sahabatku

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

Semoga warkah ini dapat mentarbiyah diri untuk sentiasa lebih dekat denganNya…

Sungguh aku berusaha mendidik jiwa untuk sentiasa menjadi yg lebih baik, sungguh jiwa ini meruntun saat iman tewas ditumbang nafsu, sungguh aku resah saat diri tidak istiqamah. Namun, dalam perjuangan mengejar redha Allah ini, syukur aku dipertemukan dengan sahabat2 yang masih berjuang mencari cinta yg Hak. Sungguh aku menghargai persahabatan kita, kerana Allah meminjamkan aku sahabat baik seperti mu. Lalu, dengan izin Allah, aku tulis warkah tidak diundang ini sebagai satu renungan dan ingatan bersama…

Aku takrifkan hidup ini sebagai satu perjuangan, jihad memburu keampunan dan rahmat Allah. Jelas, hidup ini bukan untuk dinikmati dan disenangi kerana kejayaan yg diburu itu memerlukan iman dan takwa sebagai teman, dan Alquran dan hadis itu dijadikan panduan. Sahabatku, jodoh itu milik Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap apa yg terbaik untuk hambaNya dan Allah itu juga sebaik-baik perancang. Meletakkan sandaran pada sesuatu yg tidak pasti itu palsu, kerana kepastian itu milik Allah. Rindu itu juga milik Allah bahkan pada hakikatnya, segala-galanya milik Allah. Lalu apa yg kita harapkan pada manusia yg punya berjuta kelemahan ini…? Hapuskan mainan syaitan ini sedaya mungkin sahabat. Jangan dikejar cinta dunia, kerana takut akhirat tidak mencintaimu. Kejar cinta akhirat, nescaya cinta dunia dan akhirat menjadi milikmu. Janji Allah, sesungguhnya perempuan yg baik itu adalah untuk lelaki yg baik. Maka percaya dan yakin dengan janji itu. Bawa jodoh kamu ke syurga sahabat. Jadilah yg soleh, semoga jodohmu nanti, diberi Allah muslimah yg solehah. Sungguh rindu yg bersarang di hatimu sekarang itu adalah rindu palsu, maka nafikan rindu itu semampu kamu. Susah, tp ada hikmah yg tersembunyi. Pahit, tapi ada manis yg terselindung. Oleh sebab itu, Allah berikan tawakal setelah usaha dan doa. Allah seru supaya hambaNya menyerahkan urusan atas takdirNya, kerana itu adalah yg terbaik. Ubati rindu itu dengan solat, suburkan kasih dan sayang itu dengan doa, teguhkan cinta itu dengan sabar,dan redhalah semuanya dengan tawakal. Moga si dia menjadi jodohmu satu hari nanti.

Perjalanan ini masih jauh, dan perjuangan kita masih besar. Kehidupan beragama itu syumul, thus LIFE makes a big and difficult fight. Prove to Allah that u may win this fight. Prove to yourself that u may be the BEST out of the rest, prove to your parents that u can b someone that they can PROUD of. Prove to your friends, that u can make a great SAHABAT for them. Prove to everyone that loves u, and those whom you love, u may be SOMEONE out of everyone. And prove to her, that u r the ONE for her forever. InsyAllah…

p/s: Uhibbuka fillah sahabat. sayang kamu ketat2.