Sunday, June 13, 2010

terbaik!

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan mencintai anda kembali!

Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja cinta itu mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya tidak, pastikanlah cinta terus mekar di dalam hati anda. Kita cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang tetapi kita mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu.

Jangan kejar kemewahan kerana ia akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya daripada mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ia menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.

Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.


forwarded by: ~musafir kerdil~
from: mohd khairul hilmy (facebook)
for: to my dearest readers and bloggers

Saturday, June 12, 2010

huh?

I told GOD let all my friends be healthy and happy forever!
GOD said:But for 4 days only!
I said:Yes, let them be a Spring day,Autumn day,Summer day & Winter day!
GOD said:No. 3 days!
I said:Yes, Yesterday,Today&2mrw!
GOD said:No. 2 days!
I said:Yes,a Bright day (Day Time) and Dark day (Night Time)!
GOD said:No.Just 1 day!
I said:Yes!
GOD asked:Which day?
I said:Everyday!
GOD laughed and said:U really know how to negotiate.but since u are praying and asking happiness for ur friends,I can’t refuse.
I love everyone who thinks of others 1st,so dont you worry.
All ur friends will be happy everyday!

Give thousand chances to your enemy,to become your friend.
But never give a single chance to your friend,to become your enemy.

Wednesday, June 9, 2010

Surat Cinta untuk Jiwaku

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya.

Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.

Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?
Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan.

Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya

"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "


Wallahualam bisshawab Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat- sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "lelah".

forwarded by: ~musafir kerdil~
from: shahnazrin saiful mulok (facebook)
for: dearest bloggers and faithful readers

Tuesday, June 8, 2010

lafaz yang tersimpan... -UNIC-

untuk ummi dan abbi...

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
Tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
Melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
Tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

p.s. dedikasi khas untuk semua...hayatilah~

takdir ini bukan untukku...

aduh~...
ku coretkan rintihan ini agar dapat ku khabarkan kepada alam dan seisinya betapaku menghargai kehadiranmu di sisi ku...
tiada ku pinta kau datang menyinari hidupku yg kelam...dan tiada ku pinta juga hilangnya dirimu membawa sinar bahagia pergi jauh dari kamus hidupku...
apakah erti ikatan perhubungan jika tiada kejujuran dan kesetiaan yg dimeterai...
tiada persefahaman dan erti kata pengorbanan untuk sama2 kita ukir dalam kenangan hidup ini...
aku jadi buntu,kesal,kecewa,hairan dan sedih mengenangkan betapa susah untuk aku mempertahankan hubungan ini, yg tinggal retak menanti belah cuma...
inilah bingkisan hati si kerdil yg mengharapkan sekelumit rasa kasih, syg, dan cinta yg sejati bagi dijadikan madu untuk sedikit nikmat bahagia walau seketika...


angin...
jika kau berhembus lembut melaluinya,katakan padanya, aku ingin menjadi temannya selamanya...
air...
jika kau mengalir tenang di sisinya,khabarkan padanya, aku pinta maaf atas segalanya...
bunga...
jika kau tumbuh mekar di sampingnya,kirimkanlah wangian tanda terima kasih atas kehadirannya...
burung...
jika kau terbang melintasinya,sampaikan kataku ini kepadanya, aku teramat syg dan rindu padanya...

mungkin takdir ini bukan untukku...
tp ingin ku titipkan sedikit kenangan agar kau mengerti apa itu erti sebuah perhubungan...
teman,
tika aku mengenali mu...percayalah,aku yakin bahawa kau adalah utusan Allah yg terbaik untuk diriku...
yg akan menjadi pelengkap untuk segala kelemahan yg aku punya...
saat aku menatap senyuman mu, aku yakin bahawa itu adalah senyuman pengubat duka ketika diri ini bersedih...
bila tertacap di cuping telingaku akan hilai tawamu, aku yakin bahawa tawa itu adalah nyalaan jiwa yg akan sentiasa membakar semangatku...
di kala aku menjadi bahu untuk kau mencurahkan tangismu, aku yakin bahawa air mata itu akan menjadi api yg akan membuatku gagah untuk menempuh hidup ini...
percayalah, jika aku mampu untuk korbankan dunia dan seisinya untuk melihat kau bahagia, pasti aku akan lakukan sedemikian bahkan lebih lagi jika aku mampu...
kerna satu masa dahulu, kau umpama pelita yg sentiasa menerangi hidup ku ini...

doaku agar kau selalu berbahagia dan berjaya, dunia dan akhirat...
moga aku berjaya mengukir secebis senyuman dalam pentas hidupmu...
salam rahmat untukmu...



~musafir kerdil~